naimmp98

SCNWOLF (Mencari Persinggahan Sebelum Meneruskan Kenaikan)

MYX:SCNWOLF   SCANWOLF CORPORATION BHD
Sektor:
- Industrial Products, Office Products, Plastics, Plastic Product (Consumer), Building Materials, Industrial Products & Services. (sumber: iSaham)

Analisis Teknikal:
------------Umum------------
- Berpandukan garis MA, SCNWOLF masih boleh dianggap uptrend untuk midterm.
- Sebelum ini, terdapat tiga MA yang bertindak sebagai support dinamik SCNWOLF yang boleh diperhatikan:
1⃣ MA 50 yang merupakan support pertama (rujuk garis ungu).
2⃣ MA 100 yang merupakan support kedua (rujuk garis biru).
3⃣ MA 200 yang merupakan support terakhir (rujuk garis kelabu).
- Sekarang, SCNWOLF telah jatuh dibawah MA 50 dan berkemungkinan menuju ke MA 100 sebelum rebound.
- Harga juga berkemungkinan akan mula rebound dalam dua kawasan support:
1⃣ Zon RBS RM 0.500 - RM 0.600.
2⃣ Zon Fibonacci 61.8% - 100%.
- Mid boundaries channel (rujuk channel kelabu) juga boleh dijadikan trend line support SCNWOLF.
- Harga akan rebound dengan BDTL dan berpotensi menuju ke paras fibonacci 100% pada harga RM 0.670 (rujuk garisan ungu).

------------Elliott Wave------------
- SCMWOLF dilihat sedang melengkapkan intermediate wave (4) dengan membuat double zigzag (W-X-Y).
- Kemungkinan harga akan jatuh sehingga ke kawasan fibonacci 61.8% (0.618 kali ganda minor wave W) - 100% (1 kali ganda minor wave W)
- Counting ini dikira valid selagi harga tidak jatuh sehingga menyentuh invalidation level iaitu RM 0.410.
- Jika SCNWOLF jatuh sehingga ke paras harga maksimum iaitu RM 0.415, harga mampu rebound sehingga ke paras fibonacci 100% (wave 5 = wave 1) iaitu pada paras harga RM 0.670 untuk melengkapkan intermediate wave (5) yang juga merupakan primary wave ((3)).

Analisis Fundamental:
- Pada quarter terbaru, SCNWOLF mencatatkan kerugian dan perolehan (revenue) juga menurun berbanding quarter sebelumnya.
- Untuk QoQ, keuntungan dan revenue SCNWOLF mencatatkan kerugian masing² sebanyak -141.14% dan -33.84%.
- Untuk YoY pula, keuntungan dan revenue SCNWOLF meningkat masing² sebanyak 78.27% dan 41.54%.
- iSaham mengkategorikan SCNWOLF sebagai syarikat 'negative earnings-' yang membawa maksud peringatan kepada pelabur baru supaya tidak membeli saham ini sekiranya masih belum mahir dalam cutloss.

Nota Kaki:
------------Umum------------
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'support dinamik, trend line support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:

------------Elliott Wave------------
(Istilah² degree yang digunakan oleh penulis / penganalisis dalam idea analisis ini dan setiap idea analisis lain selepas ini adalah berdasarkan pautan dibawah bagi memudahkan penerangan):

#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
1️⃣ Penulis / penganalisis bukan perancang kewangan (financial planner) dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati sebarang aktiviti berkaitan kewangan dan pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
2️⃣ Penulis / penganalisis menggunakan teori 'Elliott Wave' dalam kebanyakan idea analisis. Oleh itu, idea analisis ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 'Umum' dan 'Elliott Wave' bertujuan untuk meraikan semua pembaca yang terdiri daripada elliottician dan non-elliottician. Non-elliottician boleh memilih samada untuk membaca atau mengabaikan bahagian 'Elliott Wave' ini.

🎈 Semoga Bermanfaat 🎈

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.