naimmp98

PA (Masih di Dalam Saluran Kenaikan)

MYX:PA   P.A. RESOURCES BHD
Sektor:
- Aluminium, Metals, Industrial Products & Services, Green Tech.

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) PA berada dalam keadaan uptrend. Peningkatan keuntungan bagi PA QoQ adalah sebanyak 190.23% manakala YoY meningkat sebanyak 225.89%. Hasil (revenue) bagi PA juga meningkat QoQ dan YoY melebihi 30%.
- Dari sudut Teknikal, PA dilihat berada di atas MA 50 menunjukkan PA uptrend untuk mid term.
- Sebelum ini, PA pernah rebound di atas MA 50. Jadi, MA 50 boleh dijadikan dinamic support untuk PA.
- PA juga dilihat berada di dalam uptrend corridor.
- Terkini, PA dilihat cuba untuk rebound setelah menerima tekanan jualan tiga hari berturut.
- Jika diperhatikan, volume penjualan semakin mengecil menunjukkan minat pembelian semakin berkurang.
- Kemudian, muncul volume pembelian menggantikan volume penjualan. PA dilihat membuat rebound di atas support terbarunya iaitu RM 0.450.
- Jika harga mampu bertahan di atas RM 0.450 ini, harga berpotensi ke RM 0.560.

Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* Rebound = Harga melantun ke atas.
* Uptrend corridor = Saluran selari yang menaik.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.