naimmp98

MACPIE (Meneruskan atau Membatalkan Perjalanan?)

MYX:MACPIE   None
Sektor:
- Trading & Services, Electronic, Consumer Products & Services, Work-from-Home (WFH).

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, MACPIE boleh dikatakan 'loss making company'. Ini dapat dibuktikan melalui QR nya. MACPIE telah mencatatkan kerugian sebanyak 5 kali quarter berturut². Keuntungan merosot YoY sebanyak -33.55%. Hasil (revenue) juga merosot YoY sebanyak -46.87%.
- Dari sudut Teknikal, MACPIE masih berada di atas 'dinamic support'nya iaitu MA 200 menunjukkan MACPIE masih uptrend untuk jangka masa panjang.
- MACPIE melonjak naik dengan drastik dan telah mencapai fibo 1.618 iaitu 0.850.
- Kemudian harga mula menurun dan harga dilihat bertahan di atas fibo 0.5.
- Jika harga berjaya rebound di atas fibo 0.5 ini, harga berpotensi menuju ke RM 0.850 sekali lagi.
- Jika harga tidak mampu bertahan di atas fibo 0.5, harga mungkin akan pullback ke fibo 0.382 pula.

Nota kaki:
* QR = Quarter Report.
* YoY = Year over Year.
* Pullback = Harga jatuh seketika sebelum meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan.
* Support di dalam carta adalah berdasarkan fibonacci retracement. Kebiasaannya harga akan pullback sehingga ke paras support ini dan jika harga jatuh melebihi support ini, harga kemungkinan bertukar kepada sideways atau downtrend.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.