syedasyraf

KHJB: Cubaan Bertahan di RBS

MYX:KHJB   KIM HIN JOO (MALAYSIA) BERHAD
KHJB | KIM HIN JOO (MALAYSIA) BERHAD

- Sektor: Penny Stocks, IPO, Retailers, Consumer Products & Services

Analisis Fundamental

- Merupakan sebuah syarikat yang mampu menghasilkan keuntungan walaupun sedikit dalam setiap QR.

- QR 1 21 telah merekodkan kenaikan keuntungan bersih sebanyak 97% iaitu RM1.755 juta berbanding QoQ sebelumnya sebanyak RM893,000.

-Market Capital (RM) : 106.40 juta dan jumlah bilangan saham: 380.0 juta menjadikan saham ini mudah untuk dimanipulasikan (rujuk isaham.my).

Jadi perlu amat berhati-hati dan mempunyai disiplin cut loss yang tinggi juga diperlukan jika mencari entry untuk saham sebegini.

Analisis Teknikal

1. Harga KHJB masih mencuba bertahan di paras RBS. Jika berjaya bertahan mungkin akan kembali mencabar paras rintangan psikologi RM0.30. Namun, sekiranya tidak berjaya bertahan di paras RBS, maka akan paras sokongan seterusnya adalah pada sokongan dinamik MA 20.

2. RSI di paras 54.72 menunjukkan bahawa KHJB masih mempunyai momentum belian.

3. MACD mula berada di paras positif setelah melakukan golden cross.

Apa-apa pun sekadar idea saya untuk tujuan pembelajaran bersama. Ini bukanlah cadangan belian mahupun jualan.

Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.

Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya

#TAYOR #BAYOR
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.