naimmp98

GRANFLO (Dua Pilihan Jalan)

MYX:GRANFLO   None
Sektor:
- Technology, IT Product, Digital Services.

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) GRANFLO dilihat uptrend sepanjang lima quarter berturut² pada Mei 2018 sehingga Mei 2019. Kemudian keuntungan dan hasil (revenue) menurun dan bergerak sideways. Pada quarter yang terbaru, GRANFLO telah mencipta keuntungan tertinggi. Keuntungan GRANFLO meningkat QoQ dan YoY. Walaupun begitu, hasil (revenue) menurun QoQ sebanyak -5.24% dan YoY sebanyak -26.27%.
- Dari sudut Teknikal, GRANFLO dilihat baru sahaja breakout bollinger squeeze.
- Kemudian, GRANFLO menurun tetapi volume penjualan tidak melebihi separuh volume pembelian sebelum ini.
- GRANFLO dilihat rebound di atas mid bb sebelum meneruskan kenaikan semula.
- Terkini, GRANFLO dilihat seperti ingin rebound sekali lagi apabila berada lama di paras harga RM 0.545.
- Dua signal berbeza ditunjukkan oleh MACD dan Stochastic RSI.
1) MACD cross down di atas paras 0 menunjukkan GRANFLO masih uptrend tetapi harga mungkin membuat correction terlebih dahulu. Mungkin harga akan pullback sehingga ke atas mid BB sebelum rebound semula.
2) Stochastic RSI cross up menunjukkan harga sedang reversal atau rebound.

Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan.
* Correction = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan.
* Bollinger Squeeze = Bollinger bands yang terbentuk apabila harga mula merapat yang menyebabkan bollinger bands juga merapat.
* Mid BB = Middle Bollinger Band yang juga merupakan MA 20 merupakan garis tengah bagi bollinger bands.
* Upper BB = Upper Bollinger Band merupakan garisan atas bagi bollinger bands. Garisan ini boleh dijadikan harga untuk take profit (TP).

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.