liyafendi

FM @ FREIGHT - QR Terbaik

MYX:FM   FM GLOBAL LOGISTICS HOLDINGS BERHAD
Kaunter ini menunjukkan hasil QR yang sangat cemerlang.

Dari segi carta ia menunjukkan trend kenaikan yang sihat kerana sentiasa mematuhi garisan MA200 dan telah beberapa kali membuat HH baru .

Kaunter ini juga kelihatan sentiasa membuat lantunan harga di garisan RBS .

Dari segi EW saya dapati ia sedang membuat Subwave 3 of Wave 3.

Hidden Bullish Divergence juga kelihatan di AO menunjukkan ada kemungkinan besar ia meneruskan trend menaik dalam masa terdekat ini.

Terkini, harga rebound di RBS 0.83 dan kelihatan cuba menutup gap sebelumnya, jika ia berjaya, ada kemungkinan ia akan memecahkan RBS 0.90 dan boleh target untuk setup trading plan di kawasan tersebut. Pada ketika itu Ma20 telah melintasi MA50, maka ia menjadi petanda kuat bahawa kaunter ini akan meneruskan kenaikan,Buat masa sekarang Ma20 masih di bawah ma50 , jadi ia ada potensi untuk membuat penurunan lagi.

Penulisan ini hanyalah idea saya dan bukan Buy Signal.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.