naimmp98

EDARAN (Dalam Proses Pembikinan Segitiga)

MYX:EDARAN   EDARAN BHD
Sektor:
- Trading & Services, Technology, IT Solutions/ IT Product, Technology Equipment (Sumber: iSaham).

Idea analisis:
~Teknikal~
- EDARAN masih di atas trend line (rujuk trend line kelabu) menandakan harga masih uptrend.
- Selepas membuat wave 3, EDARAN dilihat retrace sebanyak 61.8%.
- Terkini, EDARAN dilihat berada di dalam wave 4 dan dijangka akan melengkapkan pembentukan triangle sebelum meneruskan kenaikan dan membuat wave 5.
- Triangle ini juga boleh dikatakan sebagai bullish symmetrical triangle.
- Terbentuk juga candlestick three black crows menandakan harga sedang membuat retracement dan dijangka akan membuat penurunan sehingga ke paras fibo 78.6% bagi membuat wave C sebelum membuat wave D dan wave E bagi melengkapkan triangle.
- Jika EDARAN berjaya break downtrend line, harga berpotensi menuju ke wave 5 pada paras harga RM 1.50.

~Fundamental~
- Secara overall, keuntungan EDARAN dalam trend mendatar. Walaubagaimanapun, keuntungan EDARAN YoY meningkat sebanyak 144.67%.
- Perolehan (revenue) EDARAN pula secara overall dilihat berada dalam trend menurun tetapi meningkat juga YoY sebanyak 16.95%.
- EDARAN buat pertama kalinya memberikan dividen kepada pemegang sahamnya untuk tahun ini, 2021 sebanyak 1.75 sen.

Nota kaki:
* Retracement / retrace = Harga membuat pembetulan yang kecil iaitu harga menurun 'sedikit' sebelum meneruskan kenaikan.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'bullish symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇

#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.