Herwan

Analisa Teknikal XAUUSD: 5 - 9 November 2018

FOREXCOM:XAUUSD   골드 스팟 / 미국 달러

Sejak breakout dari ranging pada 15 Mei 2018, XAUUSD terus menjunam jatuh sehingga 2 Ogos 2018. Pergerakan impulsive ini dihentikan seketika dengan fasa pembetulan (correction) selama lebih dua bulan. Sehinggalah pada 11 Okt 2018, XAUUSD menguat dengan membuat NEW HIGH selepas melepasi paras 1214.

Pergerakan bullish ini tidak berjaya melepasi halangan (resistance) pada 1236. Namun ini adalah petanda uptrend sedang berlaku. Kemudian berlakunya pullback dengan harga kembali ke paras key level 1214 sebelum kembali semula ke 1236.

Berdasarkan pattern semasa di Daily Time Frame, yellow metal ini sedang bergerak didalam channel. Aras penting yang perlu diambil perhatian ialah 1214, 1236, 1261 untuk pergerakan bullish, manakala sekiranya harga menjunam, aras yang perlu diambil perhatian ialah 1236, 1214, 1181 dan 1160.

Channel yang sedang terbentuk juga memungkinkan berlakunya pattern inverse bearish flag.

Jangkaan :
Bullish sekiranya harga dapat melepasi resistance 1236/37 atau retrace sebentar di 1227
Bearish sekiranya harga dapat melepasi key level 1214
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.