zulnureen

WTI: Mencari Paras Lantai....

OANDA:WTICOUSD   West Texas Oil
WTI masih dalam perjalanan menuju ke "Mariana Trench".

Mengikut Carta mingguan, terlihat jelas WTI sedang dalam kejatuhan, dan melihat pada petunjuk Ichimoku, kemungkinan kejatuhan ini baru bermula. Rata-rata mula bercerita bahawa WTI kemungkinan dalam perjalan menuju USD40 dari paras semasa USD47, saya juga berpendapat sama begitu, ini kerana, melihat pada paras sokongan Ichimoku pada carta mingguan, ia menunjukan bahawa paras sokongan seterusnya adalah di paras USD40, oleh itu tidak mustahil WTI berkemungkinan akan menuju paras tersebut, dan paras tersebut juga adalah paras sokongan yang penting, kerana sering di uji pada masa yang lalu.

Andaikata paras ini ditembusi dan tidak mustahil akan ia terjadi, maka paras sokongan berikutnya ialah di paras USD25, iaitu paras sokongan dan paras terendah pada waktu yang lepas.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.