bursathreesixty

Ringgit jatuh ke paras terendah menguji di kawasan rintangan

FX_IDC:USDMYR   U.S. DOLLAR / MALAYSIAN RINGGIT
pengaruh daripada Amerika syarikat AS (Fed) menaikkan lagi kadar faedah akibat inflasi tinggi telah menyebabkan tekanan kepada nilai mata wang Ringgit Malaysia yang semakin susut dengan mencecah keparas terendah

Ringgit melepasi paras 4.5200 kepada paras 4.5250 pada hari ini yang juga merupakan nilai terendah baharu berbanding dolar AS.

ini serba sedikit akan mempengaruhi para pelabur untuk mengelak aset berisiko dan sebaliknya beralih memilih kepada aset selamat seperti dolar AS,

penyusutan nilai mata wang ringgit didorong sekiranya angka Indeks harga pengeluar AS lebih tinggi daripada yang di jangkakan dan membuatkan nilai AS akan mengukuh

Dalam pada itu, ringgit turut diniagakan rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2252/2268 daripada 3.2153/2174 dan rendah berbanding yen kepada 3.1616/1635 daripada 3.1282/1301 sebelum ini.

Unit tempatan itu turut rendah berbanding pound Britain pada 5.2331/2354 daripada 5.1989/2012 dan susut berbanding euro pada 4.5306/5326 daripada 4.5105/5125, sebelumnya.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.