bookmapgold

USDCAD Berpotensi Turun Semula

FX:USDCAD   미국 달러 / 캐나다 달러
USDCAD pada timeframe daily D1 telah membuat penurunan pada semalam dan telah membentuk bearish engulfing. Ini bermakna zon resisten (1.30074 – 1.30529) baru telah terbentuk dan kebarangkalian untuk ia membuat penurunan amat tinggi. Walaubagaimana pun ada 2 situasi berkemungkinan akan berlaku iaitu samada ia akan terus membuat penurunan atau ia akan naik sementara untuk menguji harga di dalam zon resisten sebelum membuat penurunan semula. Jangkaan penurunan adalah sehingga ke zon support yang terdekat (1.27124 – 1.28349). Para pedagang kini berpeluang untuk entry sell berpandukan kepada analisa dan kefahaman masing-masing. Sasaran terdekat (TP) adalah di zon support seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah. Entry dalam zon yang tepat akan memberikan peratusan keuntungan yang tinggi dan mengurangkan risiko loss. Penggunaan pengurusan kewangan (MM) yang sesuai akan membuatkan akaun dagangan akan lebih stabil dan konsisten.

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.