Meem

TSH: Mampukah Meneruskan Kenaikan?

MYX:TSH   TSH RESOURCES BHD
TSH Resources Bhd. dilihat baru sahaja memecahkan harga 52 minggu tertinggi pada dua hari dagangan yang lalu

Volum ketika harga membuat kenaikan melepasi rintangan dilihat tinggi berbanding volum purata dagangan harian
Walaubagaimanapun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sekiranya gambaran secara menyeluruh diambil kira
Petunjuk RSI harian dilihat semakin rendah berbanding tinggi yang terdahulu, menbentuk 'bearish divergence' yang kebiasaannya merupakan isyarat kelemahan dalam pergerakan harga
Volum secara amnya juga dilihat semakin berkurang jika dibandingkan dengan tinggi yang terdahulu. Satu lagi petanda kelemahan
Walaubagaimanapun, adalah menarik sekiranya harga dapat bertahan di kawasan RBS dengan volum rendah
Sekiranya terdapat minat belian yang kuat, juga tidak mustahil 'divergence' akan terbatal
Pergerakan secara jangka masa lebih panjang dilihat masih cenderung dalam trend menaik

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.