yuzieyusoff2

Review TEKSENG (7200) - Weekly Timeframe

MYX:TEKSENG   TEK SENG HOLDINGS BHD
Setelah melakukan kenaikan bermula 21 Julai 2020, harga telah mencapai kawasan rintangan WEEKLY yang agak keras jika dilihat dari sejarahnya. Jika berjaya melepasi kawasan rintangan ini, harga akan menuju ke paras 0.960 sebelum cuba melepasi paras harga psikologi iaitu pada harga RM1.00. Pada masa ini, berkemungkinan harga akan berehat dahulu, sama ada bergerak secara sideway di kawasan rintangan ataupun turun menuju paras sokongan weekly terdekat di kawasan 0.805 sebelum meneruskan kenaikan.

Jika dilihat pada TF Daily, candle terakhir yang terbentuk pada Jumaat (24/07/2020) adalah berbentuk GRAVESTONE DOJI dengan volume yang agak tinggi. Ini menunjukkan tekanan jualan yang berlaku disebabkan aktiviti pengambilan untung dari pedagang-pedagang yang telah masuk pada hari-hari sebelumnya. Harga mesti melepasi puncak tertinggi doji tersebut jika ingin meneruskan kenaikan.

#sekadarkajianperibadi
#tradeatyourownrisk
#TAYOR
#notAbuycall

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.