Ajrun_

TAWIN: Perhatikan Pergerakannya

MYX:TAWIN   TA WIN HOLDINGS BHD
Sektor: Kilang Pengeluar
Industri: Pembikinan Logam

1. Analisa Trend

I. TAWIN sedang melakukan "retracement" setelah ia membuat kenaikan pada bulan Februari 2021.
II. Paras harga "resistance" adalah 0.160 dan paras harga "support" adalah 0.145.
III. Harga tutup pada 9 Ogos 2021 adalah 0.170 dimana ia telah memecahkan harga "resistance".
III. Boleh diperhatikan sekiranya ia kekal berada di atas paras harga 0.160.

2. Penunjuk indikator

I. Moving Average - Telah berada diatas garisan EMA9(biru),MA20(merah) dan MA50(hitam). Ini menunjukkan ia sedang berada dalam fasa kenaikan. Dapat dilihat lagi ketiga-tiga garisan ini sedang berada dibawah paras harga tersebut. Pada 19 Julai 2021 EMA9 telah bersilang keatas MA20 dengan adanya kenaikan volume dan 9 Ogos MA20 telah bersilang keatas MA50 dengan adanya kenaikan volume. Ini menunjukkan persilangan ini signifikan sebab adanya kenaikan volume.

II. RSI - Menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50 dan sedang menghampiri kawasan "overbought"

III. MACD - Menunjukkan pergerakan keatas dan menunjukkan TAWIN ada momentum yang baik.

Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.