Meem

SNOW: Memecahkan Sokongan

NYSE:SNOW   Snowflake Inc.
Saham syarikat Snowflake dilihat gagal bertahan di atas sokongan arah aliran menaik dengan membuat kejatuhan

Terkini harga dilihat cuba membuat kenaikan semula dengan membentuk 'tweezer bottom' setelah berlakunya kejatuhan
Walaubagaimanapun volum pada hari terakhir dagangan dilihat lebih rendah berbanding volum jualan hari sebelumnya
Namun, perlu juga diperhatikan volum ketika harga membuat kejatuhan dilihat lebih rendah berbanding ketika harga membentuk 'hammer'
Rintangan dinamik MA50 mingguan juga dilihat menjadi rintangan terdekat yang perlu dilepasi harga untuk membuat kenaikan
Tidak mustahil juga untuk harga membuat kenaikan menguji kekuatan rintangan SBR ataupun terus melakukan kejatuhan

Ke Mana halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!

연관 아이디어

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.