syedasyraf

RUBEREX SUDAH BERTAPAK KEMAS DI RBS?

MYX:RUBEREX   None
Saham-saham glove sudah berada dalam fasa downtrend untuk tempoh yang panjang. Setelah melakukan Breakout Downtrend line kini RUBEREX sedang bertenggek di Resistance Become Support (RBS).

Dilihat masih menguji ketahanan RBS. Apa jangkaan sekiranya berjaya bertahan di RBS?

Sekiranya RUBEREX berjaya bertahan di atas RM1.34 berkemungkinan besar RUBEREX akan cuba mencari halangan seterusnya pada Support Become Resistance (SBR) pada harga RM2.

Perkara yang perlu diberikan perhatian di dalam chart adalah:
1. Bullish Divergence di mana harga telah ditolak jatuh hingga membentuk lower low.
2. Indicator RSI juga tidak mampu untuk menolak harga lebih bawah lagi sehingga membentuk higher low. Ini menunjukkan momentum jualan sudah berkurang.
3. Terdapat 2 batang volume yang lain macam, melebihi volume ketika mana berjaya memecahkan garisan downtrend.

Kebanyakan sektor saham sektor glove lain sudah bergerak laju. Adakah RUBEREX akan mengikuti jejak langkah yang lain?

Salah satu saham yang menarik untuk diperhatikan.

Sedikit idea ringkas daripada saya. Apa pula pendapat anda?

Jika anda ingin melabur atau berdagang dalam saham ini jangan lupa sediakan Trading Plan dengan sebaiknya. Tahu di mana mahu masuk/entry price (EP), di mana mahu keluar/take profit (TP) dan di mana mahu cut loss ( CL ) sekiranya tidak menjadi.

Jangan masuk ke dalam sesuatu kaunter tanpa tahu di mana EP, TP dan CL .

#TAYOR #BAYOR
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.