DDNK

REALPAGE INC CENDERUNG KE ARAH KENAIKAN BERTERUSAN

교육
NASDAQ:RP   None
Realpage Inc masih lagi cenderung ke arah kenaikan selepas mencapai paras tertinggi dalam masa 2 minggu. Kesan daripada pergerakan ini menunjukkan kaunter ini diniagakan dengan harga di atas garisan MA 20-hari dan MA 40-hari selain berada hampir dengan rintangan tertinggi di dalam sejarah bagi kaunter ini – di paras USD66.30. Jika dilihat pada sentimen pasaran semasa, kebarangkalian untuk pergerakan positif susulan dalam masa terdekat adalah memberangsangkan. Hal ini disokong oleh keadaan penanda "14-day RSI" yang berada atas 50 pts, yang menggambarkan sentiment pasaran berada dalam keadaan sihat.

Tanda sokongan terdekat dilihat pada USD61.30, diikuti oleh sokongan seterusnya pada USD57.30. Untuk rintangan terdekat, lihat pada aras USD66.30.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.