naimmp98

PRIVA (Lantunan Disokong 4 Petunjuk)

MYX:PRIVA   PRIVASIA TECHNOLOGY BERHAD
Sektor:
- Technology, Industrial Products, IT Solutions/ IT Product, Telecommunications Equipment, Telecommunications & Media.

Idea analisis:
~Teknikal~
- Setelah melakukan kenaikan parabolic, PRIVA membuat pullback dan berjaya rebound di atas psychological support pada RM 0.200.
- Rebound ini juga disokong oleh 4 petunjuk:
1) Candlestick morning doji star.
2) Muncul signal 'hidden bullish divergence' menandakan momentum penjualan yang kuat tidak mampu menjatuhkan harga kerana minat pembelian yang masih lebih kuat.
3) Stochastic RSI cross di paras oversold menandakan harga sedang membuat rebound di atas support terbaru.
4) MACD 4R1G (penerangan di nota kaki).
- Jika rebound ini valid, PRIVA berpotensi menuju ke paras psychological resistance iaitu RM 0.300.

~Fundamental~
- PRIVA tidak konsisten mencatatkan keuntungan. PRIVA mencatatkan keuntungan pada quarter terkini selepas 8 kali berturut² mencatatkan kerugian. Ini menjadikan keuntungan PRIVA menyusut YoY sebanyak -38.07%.
- Perolehan PRIVA pula meningkat YoY sebanyak 6.99% tetapi menurun QoQ sebanyak -5.55%.

Nota kaki:
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* MACD 4R1G = Histogram MACD 4 Red 1 Green. Memberi signal bahawa saham menerima tekanan penjualan yang berat sekurang-kurangnya 4 hari, sebelum muncul minat pembelian memberi petanda saham akan melantun untuk meneruskan momentum kenaikan.

#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.