GenF.Trader

PDZ - Boleh atau Tidak TP RM1 ? Kajian Berdasarkan Sejarah Lalu

MYX:PDZ   PDZ HOLDINGS BHD
Cerita tentang PDZ Lagi :)

Sebab kebelakangan ini kuat mengatakan tentang rumors kerjasama dengan Sanichi untuk perancangan RM1.5 Billion hub e commerce logistics hub di Desaru , Johor dan di dalam satu artikel untuk bursa ada mengatakan tempoh 90 hari dari tarikh sidang media yang di adakan pada 17 Julai lepas untuk mengesahkan kesahihan dan perjanjian dua pihak (17 Julai / 17 Ogos / 17 September 2020) .

Pada 7 Ogos/Jumaat yang lalu dapat dilihat breakout segitiga dengan volum yang tinggi dan di tutup pada harga O0.130/ C0.135 . Jika berjaya meneruskan dengan memomtum yang kuat kita perhatikan pergerakan harga seterusnya . Jikalau buy on rumors sell on News dalam pegerakan chart ini nampaknya seperti ianya boleh mencapai satu harga yang tinggi dan turun setelah mencapainya .

Jika tidak terkeluar dari garisan uptrend line bawah ianya terpakai dan jika keluar ianya terbatal dan akan ada hala tuju yang lain ;)

Kita perhatikan dan kajian ini hanyalah sekadar pembelajaran dan rujukan untuk masa hadapan .
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.