MYX:MSC   MALAYSIA SMELTING CORPORATION
MSC beberapa minggu dagangan yang lalu dilihat membuat kenaikan selepas berjaya bertahan di atas RBS yang terhasil

Namun, lilin pada selang masa mingguan terkini memperlihatkan beberapa tanda kelemahan
Petunjuk MACD mingguan dilihat menunjukkan kehadiran divergence penurunan tatkala harga membuat tinggi yang baharu
Petunjuk RSI mingguan dilihat tidak berjaya naik melebihi paras 'overbought' berbanding harga tertinggi sebelum ini
Harga pada ketika idea ini ditulis dilihat sedang menguji RBS terbaharu yang tercipta selepas harga berjaya memecahkan rintangan sebelum ini
Volum dilihat rendah ketika harga menguji RBS, namun andainya gagal bertahan harga berkemungkinan akan membuat penurunan mencari sokongan
Trend secara jangka masa panjang dilihat masih mampu meneruskan kenaikan selagi mana tiada pengesahan perubahan arah

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.