MRDIY (Masih Berbisa)

Sektor:
- Retailers.

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, MRDIY merupakan syarikat yang membuat keuntungan dan revenue (hasil) juga positif.
- MRDIY juga baru² ini memberikan dividen sebanyak 0.73 sen seunit pada 17 Februari 2021.
- Dari sudut Teknikal, MRDIY masih berada di dalam uptrend corridor.
- Ketika di dalam uptrend corridor, MRDIY telah membuat accumulation sebelum BAP dan meneruskan kenaikan.
- Kemudian kelihatan MRDIY sekali lagi bergerak sideways setelah menyentuh trend line atas.
- Adakah ini merupakan fasa re-accumulation atau fasa distribution MRDIY?
- Jika mengikut indikator Stoch RSI, kemungkinan MRDIY akan membuat reversal tetapi adakah reversal ini merupakan titik permulaan MRDIY meneruskan kenaikan dengan lebih tinggi atau sekadar kenaikan sementara?

Nota kaki:
* BAP = Break Accumulation Phase.
* Accumulation phase = Bergerak sideways sebelum meneruskan kenaikan.
* Distribution phase = Bergerak sideways sebelum meneruskan penurunan.
* Reversal = Harga membuat pembalikan.
* Cross up = Line biru bersilang ke atas line merah.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
BAPcrossupFundamental Analysismac21MRDIYParallel ChannelreversalTrend Linesuptrendchanneluptrendcorridor

또한 다음에서도:

관련 발행물

면책사항