FauziSaham

MMAG tengah panas badan

MYX:MMAG   MMAG HOLDINGS BERHAD
MMAG kembali memasuki zon rintangan atau konsolidasi, menandakan ia sedang mengumpul kekuatan untuk melepasi rintangan kuat 0.390 yang juga merupakan 52 Weeks High. Satu paras psikologi yang mana jika berjaya diatasi ia menunjukkan perubahan pada psikologi pedagang dan pelabur pada MMAG, selain menunjukkan ada pembaharuan berlaku dalam fundamental MMAG.

Jika lihat sebelum 15 Mei, candle-candlenya menggerutu, lubang sana lubang sini. Ini menunjukkan kurang kecairan atau kurang minat terhadap kaunter ini. Namun selepas 15 Mei, perubahan mula berlaku, dengan candle-candlenya mula tersusun cantik menandakan minat terhadap kaunter ini kembali meningkat.

Pergerakan yang terdekat, ia membuat breakaway gap terhadap rintangan minor, dan berjaya mengujinya sebagai paras sokongan sebelum ia melantun kembali dan memasuki zon rintangan.

Ia jelas menunjukkan sesi panas badan sedang berlangsung, atau sesi accumulation mengumpul kekuatan untuk pergi lebih jauh sedang berlaku.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.