miketiong.95

MKH (MYX:6114) Tunggu retracement sebelum masuk?

MYX:MKH   MKH BERHAD
Kalian dapat lihat dalam carta di atas bahawa kaunter ini telah membentuk "double bottom" sebelum menebus paras rintangan merah dan menjadikannya paras sokongan merah.

Dengan kesemua RSI dan MACD berserta dengan Parabolik SAR menghala negatif sementara ini, saya rasa bahawa harga kaunter ini berkemungkinan akan jatuh ke paras sokongan merah sebelum melambung semula ke paras rintangan biru, diikuti dengan paras rintangan hijau.

Justeru, saya sarankan bahawa kalian boleh menunggu sehingga harga kaunter jatuh sedikit dan bertemu paras sokongan merah sebelum cuba dagangan dengan entry berikut:

Beli : RM1.400 - RM1.445
Stop Loss : RM1.340
TP : Antara RM1.660 - RM1.870

Konklusinya, untuk kurangkan risiko, kalian boleh tunggu sehingga semua indikasi menghala positif sebelum mencuba entry di atas (Sekiranya harga kaunter jatuh ke paras sokongan merah, dan kekal disokong paras sokongan merah tersebut.)




Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.