msaleho

LUXCHEM berusaha memecahkan downtrend

MYX:LUXCHEM   LUXCHEM CORPORATION BHD
1. Kaunter LUXCHEM ini dalam sektor INDUSTRIAL PRODUCTS yang terlibat dalam menghasilkan bahan kimia untuk industri glove, pembinaan, automobil dan peralatan elektrik.

2. Daripada carta dapat diperhatikan bahawa ia rebound di atas EMA200 (garisan pink) dan seterusnya telah cuba untuk memecahkan harga pada EMA50 (garisan hijau) + downtrend line. Namun apakan daya, belum cukup kekuatan mungkin untuk memecahkan RESISTANCE yang kuat dan ditutup pada 0.795.

3. SUPPORT terdekat adalah pada 0.750 iaitu pada garisan EMA200. Momentum telah mula ada pada kaunter ini dan volume juga mula masuk.

4. Jika garisan downtrend tersebut dapat “ditewaskan”, aras RESISTANCE berikutnya adalah pada 0.815 dan 0.950 (half candle). Chaiyok LUXCHEM!

Nota:
(a) Sekadar pembelajaran.
(b) Sebarang komen, feedback atau ralat boleh komen di bawah yea.

Terima kasih
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.