syedasyraf

LED JHM Membuat Head and Shoulders?

MYX:JHM   JHM CONSOLIDATION BHD
Head and Shoulders merupakan antara salah satu major reversal pattern. Trend pergerakan sesuatu saham itu akan berubah berlawanan dengan pergerakan uptrend semasa jika membuat pattern ini.

Jika patah neckline maka akan berlaku perubahan trend daripada uptrend kepada downtrend.

Antara signal H&S dalam saham JHM adalah seperti berikut:

1. Long term trend line dan mid-term trend line patah.
Harga yang ditutup pada paras bawah garisan sokongan trend memberi signal bahawa trend semasa sudah nak habis.

2. Harga puncak pada bahu kanan tidak mampu melebihi bahu kiri. Ini dikuatkan lagi dengan tidak berjaya tutup pada paras atas long term trendline.

3. Volume semasa membuat puncak baharu lemah.

4. Neckline bolos. Garisan long dan mid term pun telah patah. Harapan terakhir JHM ada pada RBS. Kalau harga tutup bawah RM1.72 berkemungkinan akan mencari sokongan baharu

Apa-apa pun sekadar idea saya dengan mengaplikasikan Head and Shoulder dalam carta.

Kira risiko anda sama ada berbaloi untuk berdagang dalam saham ini dengan menyiapkan Trading Plan dengan sebaiknya.

Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa Malaysia.
Jaga risiko, jaga support sebaiknya
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.