Meem

INTU: Di Atas Sokongan

NASDAQ:INTU   Intuit Inc.
Saham syarikat Intuit dilihat bergerak mendatar sejak beberapa hari dagangan yang lalu

Terkini, kedudukan harga dilihat berada berdekatan dengan sokongan garisan arah aliran menaik
Selang harian menunjukkan pembentukan candle hammer dan morning star beberapa hari lalu menunjukkan kehadiran minat belian
Namun jika diperhatikan, pergerakan harga pada selang mingguan seakan membentuk corak carta pennant terbalik
Walaubagaimanapun, volum dilihat rendah ketika lilin hijau morning star terbentuk menandakan kelemahan dalam sentimen
Harga pada selang mingguan pula dilihat masih perlu melepasi rintangan dinamik MA50 sebagai rintangan terdekat
Selagimana harga belum memecahkan corak carta, adalah selamat untuk dikatakan harga cenderung membuat penurunan

Ke manakah halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.