Abang_Doji

Hwgb - Tiada lagi ketinggian baru

MYX:HWGB   HO WAH GENTING BHD
Analisis Hwgb

Hwgb telah membuat satu segitiga besar selama 44 hari, namun hanya memerlukan 1 hari untuk pump dan dump semua pegangan selepas "Triangle Thrust Breakout".

Satu praktis jahat dan pasti membuatkan para pedagang ketakutan dengan konter sebegini.

Pada analisis admin, Hwgb telah mencapai paras sokongan Fibo Extension 1.618%, dan admin menantikan sedikit lantunan teknikal sebelum menyambung kejatuhan.

Ada banyak pengumpulan berlaku pada harga RM0.645 pada Jumaat lepas, namun kiraan admin Hwgb perlu mempunyai satu kejatuhan lagi sekitar RM0.62 - RM0.635 untuk melengkapkan kitaran kejatuhan.

Admin akan ambil trade ini dengan menjadikan paras Saluran Menurun merah sebagai Harga Masuk dan kerendahan terakhir (RM0.62 - RM0.635) sebagai paras henti rugi.


Abang Doji.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.