Meem

HLAL: Menuju Sokongan?

NASDAQ:HLAL   Wahed FTSE USA Shariah ETF
HLAL pada minggu terakhir dagangan ditutup rendah berbanding minggu dagangan sebelumnya

Lilin mingguan terakhir dilihat membentuk 'bearish engulfing' yang kebiasaannya merupakan isyarat perubahan arah menenggelamkan lilin hijau minggu sebelumnya
RSI mingguan juga dilihat semakin kekurangan momentum dan sedang berada di bawah paras MA purata RSI mingguan
Kehadiran volum merah pada minggu terkini dagangan juga dilihat merupakan suatu anomali jika dibandingkan dengan minggu-minggu sebelumnya
Harga berkemungkinan akan turun menguji kekuatan sokongan dinamik EMA20 mingguan sebelum menunjukkan niatnya yang sebenar
Secara jangka masa panjang, trend dilihat masih lagi cenderung untuk melakukan kenaikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.