sahamdanlatte

HIBISCS [S]: Mungkinkah akan mandi minyak tahun ini?

MYX:HIBISCS   HIBISCUS PETROLEUM BHD
Saya memang tak berapa gemar sektor minyak ni kerana ianya dalam sektor cyclical dan komoditi.
Cuma menarik juga untuk lihat kaunter Hibiscus Petroleum yang berada di penghujung corak ascending triangle, setelah membuat pengumpulan sejak kejatuhannya pada awal 2020.
Baru-baru ini, OPEC gagal mencapai kata sepakat untuk menambah pengeluaran minyak. Maka ketidakseimbangan ini akan menyebabkan harga minyak lebih cenderung untuk terus naik.
Harga minyak mentah juga memang sudah lama menunjukkan kenaikan sejak kejatuhan teruk akibat pandemik COVID-19 ini.
Apa pun, melihat kepada carta, HIBISCS memang dalam fasa uptrend dengan membentuk HH dan HL.
Maka, sama-sama kita perhatikan ke mana perginya HIBISCS dan kaunter-kaunter minyak yang lain.

*Penafian: Ini hanyalah kajian persendirian, bukan saranan membeli mahupun menjual.

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.