bursathreesixty

GAMUDA terus menguji

MYX:GAMUDA   GAMUDA BHD
GAMUDA membuat lantunan keatas setelah gagal melepasi garisan sokongan menaik. Harga terkini menunjukkan GAMUDA terus menguji di kawasan rintangan.

GAMUDA mengumumkan dividen interim khas sebanyak 38 sen sesaham, hanya lebih sebulan selepas syarikat kejuruteraan, hartanah dan infrastruktur itu berjaya menyelesaikan penjualan empat lebuh raya kepada Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR). Tarikh ex-date dividen khas itu ialah 13 Dis, dengan kelayakan pada 14 Dis. Bulan lepas, ALR berkata ia telah menyelesaikan pengambilalihan empat syarikat konsesi lebuh raya, berikutan terbitan sukuk murubahah berjumlah RM5.5 bilion dalam nilai nominal. Empat syarikat konsesi tol lebuh raya ialah Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT), Kesas Sdn Bhd (Kesas) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART).

GAMUDA mencatatkan hasil yang baik pada Q4 Jul 22 sebanyak RM1,873,417,000 berbanding Q3 Apr 22 RM1,180,630,000 mencatatkan perbezaan sebanyak RM692,787,000. Keuntungan bersih turut mengalami kesan yang positif bagi Q4 Jul 22 RM 255,241,000 jika dibandingkan dengan Q3 Apr 22 RM221,489,000 mencatat perbezaan sebanyak RM33,752,000.

Pemegang saham utama bagi GAMUDA terdiri daripada CITIGROUP NOMINEES TEMPATAN SDN BHD – EMPLOYEES PROVIDENT FUND BOARD 12.01% sebanyak 311,265,226,000 unit saham yang bernialai 1.20B , diikuti AMANAH SAHAM MALAYSIA 6.69% sebagai pemegang saham kedua terbesar sebanyak 173,314,600 unit saham dengan nilai sebanyak 668.99M .

corak carta : segitiga menaik

Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.