FauziSaham

Small Cap di Permulaan Rally

FTSEMYX:FBMSCAP   FTSE Bursa Malaysia Small Cap Index
Small Cap ialah syarikat yang bernilai bawah RM2 billion (harga saham semasa * outstanding shares). Tidak semestinya penny stock.

Small Cap index memberi gambaran besar pergerakan saham-saham di dalam kategori Small Cap.

Ok mari lihat pada carta harian indeks Small Cap. Indeks Small Cap telah berjaya melepasi rintangan 13840, kemudian retrace kembali ke 13840 untuk mengujinya sebagai paras sokongan. Dan buat masa ini ia kelihatan berjaya menjadikan paras 13840 sebagai paras sokongan. Ini mencadangkan Small Cap dalam keadaan Bullish.

Dan yang paling menarik sebenarnya ialah, lihat pada pantulan indeks yang berlaku. Bermula dengan pantulan di MA 200, diikuti dengan pantulan di EMA 100. Ini menunjukkan pembinaan momentum.

Dalam keadaan sekarang, boleh saya katakan Small Cap kini adalah dalam PERMULAAN uptrend ataupun rally. Ya permulaan, jadi kita tahu dari sini, Small Cap mempunyai potensi yang besar untuk berkembang.

Ke manakah paras sasaran untuk indeks Small Cap ini?

Melalui Fibonacci kita boleh jangka ia ada potensi untuk bergerak menuju ke paras 15200 hingga 17000. Ini adalah jarak yang sangat besar. Bermaksud potensi keuntungan yang sangat besar.

Jadi dengan melihat pada carta ini, agak-agak dah tahu strategi apa yang boleh kita atur untuk trading kita? ;p
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.