FTSEMYX:FBMKLCI   FTSE 말레이시아 증권거래소 KLCI 인덱스
Pergelutan Politik di Malaysia memberi refleksi kepada FBMKLCI, ditambah pula dengan kes Covid-19 yang meningkat saban hari telah mencetuskan keadaan ragu-ragu kepada Foreign Fund untuk terus melabur di Bursa Malaysia. Buat masa kini, indeks FBMKLCI telah patah sokongan psikologi 1500 dan mungkin akan mencari aras sokongan lain di 1490. Sebelum ini FBMKLCI telah melengkapkan bearish pattern iaitu descending triangle dan masih di dalam keadaan downtrend. Lihat kepada RSI, FBMKLCI gagal menembusi paras 50 sejak sebulan yang lalu ini bermakna Bursa Malaysia di fasa bearish. Mengikut kajian, Bursa Malaysia merupakan antara 10 pasaran yang teruk di dunia. Persoalannya, mampukah FBMKLCI kembali uptrend setelah isu dalaman negara selesai? Mari kita saksikan

Disclaimer - Carta yang dikongsikan ini untuk tujuan pendidikan berdasarkan kajian, teori, analisis dan pembelajaran. Trading plan yang lebih rapi boleh disediakan bagi sesiapa yang berminat dengan kaunter ini. Selalu ingat, Rational beats Emotional. Trade at your own risk :)

*Jika anda bersetuju dengan kajian yang dilakukan, sila Like, Share, dan Follow page ini bagi tujuan pembelajaran

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.