FTSEMYX:FBMKLCI   FTSE 말레이시아 증권거래소 KLCI 인덱스
Minggu yang lepas, melihat Kejatuhan DJIA membuat kejatuhan (masih berada atas paras sokongan akhir 23,500) dan BTC yang membolosi paras sokongan 6,000 adalah sangat merisaukan, dan terkini BTC telah jatuh di bawah 4,000, ini mungkin petunjuk yang pelabur BTC sudah bosan menunggu dan ambil keputusan untuk keluar dari pasaran kripto, khasnya BTC. persolan seterusya, ada yang ambil duit dan duduk diam-diam, namun saya pasti, sebagai trader yang tegar, ada sahaja antara peabur BTC ini sedang memburu peluang- peluang dagangan di kelas aset lain, baik saham mahupun komoditi untuk cuba membuat keuntungan.

Melihat pada FBMKLCI, tidak di nafikan semua melihat dan ada yang telah memutuskan bahawa FBMKLCI telah pun memulakan pergerakan nya ke bawah dan saya percaya ramai yang ambil keputusan pada minggu lepas untuk tunaikan (jual) pegangngan saham dan duduk di tepi untuk menunggu kembali peluang untuk masuk kembali.

Melihat pada MACD, ia masih positif dan belum ada petunjuk JUAL, dan saya mempunyai keyakinan yang trend di FBMKLCI akan menyambung kembali trend nya untuk naik semula ke paras tidak melebihi 1760/1780 atau sekurang kurang nya hingga perayaan hari NATAL (crishtmas) pada minggu ke-3 bulan Disember.

Namun negitu, paras sokongan garisan 1x1 GANN, harus di pantau dengan secara dekat, kerana jika paras ini di cerobohi, ia amatlah tidak bagus kepada kekuatan dan momentum trend seterusnya akan mengubah tempoh cycle atau pusingan trend menjadi lebih cepat, dalam erti kata lain, kejatuhan dengan cepat atau velocity yang tinggi mengikut GANN.

setakat ini, kesimpulan nya, saya masih positif terhadap FBMKLCI mengikut petunjuk MACD dan sokongan garisan GANN FAN. ini hanyalah satu kajian dan bukanlah TIPS untuk beli atau JUAL. terima KASIH.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.