FTSEMYX:FBMKLCI   FTSE 말레이시아 증권거래소 KLCI 인덱스
By Faiz Ikmal, MSTA CFTe

• Pasaran saham positif hari ini dan menutup lebih tinggi pada aras 1,740.62,naik 21.34 point (1.24%). Kaunter menaik sebanyak 581 kaunter berbanding 409 kaunter menurun, dan 373 kaunter tidak berubah. Jumlah saham diperdagangkan sebanyak 4.606 billion dan nilai saham sebanyak 9.265 billion.
• Indeks hari ini lebih cemerlang dan berdagang di atas aras sokongan 1,700 seperti dijangka. Walau bagaimanapun, kita masih lagi belum keluar daripada trend pembetulan (baca:correction) yang sedang berlaku. Indeks perlu mengatasi aras rintangan 1,880 sebelum kita jangkakan trend menaik akan berterusan semula. Indikator DMI masih menunjukkan trend menurun kuat. Ichimoku juga menunjukkan trend menurun walaupun sedikit melemah.Stochastic pula belum lagi menunjukkan potensi untuk "bullish" dan berada di zon terlebih jual lagi.
• Aras sokongan diletakkan aras harga 1,700.00
• Aras rintangan pula pada aras 1,880.00


Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab pengarang.

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.