Abang_Doji

KLCI - Masa kedua terbaik untuk membeli!

FTSEMYX:FBMKLCI   FTSE 말레이시아 증권거래소 KLCI 인덱스
Kemaskini KLCI : KLCI kini sudah jelas membuat pergerakkan 5 gelombang naik. Ini boleh jadi satu petanda awal bahawa KLCI sudah berjaya keluar dari bear market.

Secara kasar kelihatan pergerakkan 5 gelombang naik ini sudah lengkap, dan kini kita menantikan pergerakkan 3 gelombang kejatuhan yang bersifat korektif untuk berlaku pada bila bila masa sahaja.

Buat masa ini admin tidak menasihatkan pedagang Bursa di luar sana untuk agresif membeli, malah mungkin ia masa yang sesuai untuk mengambil keuntungan.

Bagi mereka yang sudah terlepas untuk membeli saham pada 18-22 Mac lepas, kejatuhan kali ini mungkin bakal menjadi peluang kedua buat anda!

Bagaimana pun, sekiranya kejatuhan ini membuat satu paras kerendahan yang baru melebihi paras rendah bulan Mac, ia bermaksud KLCI akan menghadapi satu bear market yang panjang dan teruk. Senario ini tidak berpotensi besar kerana Indeks serantau Asia dan Emmerging Market masih berada dalam pertengahan bull secara amnya.

Berlawanan dengan indeks indeks USA yang kelihatan sudah mencapai puncak bagi uptrend.


Abang Doji .
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.