FTSEMYX:FBMKLCI   FTSE 말레이시아 증권거래소 KLCI 인덱스
Analisa Teknikal
• FBMKLCI jatuh 15.02 mata (-0.80%) dan menutup lebih rendah di 1,865.34. Sentimen pasaran pula dilihat negatif dengan 291 kaunter menaik berbanding 574 kaunter menurun, dan 386 kaunter tidak berubah.
• Melihat daripada sudut teknikal, FBMKLCI hari in masih lagi meneruskan kejatuhan untuk tiga hari berturut-turut kerana ketidaktentuan pasaran global dan jatuh lebih bawah daripada aras sokongan sebelumnya di aras 1,873. Pembentukan corak candlestick "Bearish Three Black Crow" boleh dilihat sebagai langkah berjaga-jaga dengan kemungkinan indeks berpotensi untuk jatuh lagi buat jangka masa pendek.
• Indikator momentum seperti Stochastic telah keluar daripada aras terlebih beli (baca:overbought) dan menunjukkan potensi jangka pendek untuk ke bawah. MACD menunjukkan Histogram yang berkurangan, menandakan momentum mungkin memihak kepada arah negatif.
• Jangkakan indeks akan terus menuju ke aras sokongan terdekat di 1,855 (S1) dan sekiranya berjaya dipecahkan, aras sokongan seterusnya berada di 1,830 (S2).
• Aras rintangan masih lagi dikekalkan pada aras indeks 1,900 (R1) dan 1,930 (R2).

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.