MATA001

Paras kritikal- Penantian yang mendebarkan

FTSEMYX:FBMKLCI   FTSE 말레이시아 증권거래소 KLCI 인덱스
Nor Akmar MSTA, CFTe - Indeks pasca pilihanraya umum ke-14 merupakan satu fenomena yang julung kali di saksikan oleh Bursa Malaysia sejak kewujudannya pada tahun 1970 akibat peralihan tampuk pemerintahan oleh kerajaan baru. Kejatuhan terbanyak sebanyak 138 mata dalam masa 3 minggu selepas pilihanraya bukan sahaja menyapu bersih kenaikan pada tahun 2018, malah untuk tahun 2017 juga. Jadi, kemanakah arah tuju indeks utama FBMKLCI dari kaca mata teknikal analisis?

FBMKLCI di tutup pada paras 1755.17 pada sesi hari ini. Kini, paras sokongan yang krtikal adalah pada 1700 mata manakala paras rintangan terdekat adalah 1760. Jika FBMKLCI boleh tutup dan kekal di atas paras ini, maka kita boleh menjadi positif dengan menjangkakan kenaikan ke aras lingkungan 1780 dan 1820. Namun, jika indeks ini gagal memecahkan paras rintangan ini, penurunan ke arah 1600 mata adalah tidak mustahil.

Kesimpulan, kita masih ternanti-nanti halatuju pasaran seterusnya bagi jangkamasa sederhana. Pacak garisan sokongan dan rintangan yang telah di nyatakan di atas sebagai panduan untuk tujuan urusniaga dan perdagangan.

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.