FTSEMYX:FBMKLCI   FTSE 말레이시아 증권거래소 KLCI 인덱스
Setelah hampir 2 tahun, market dalam keadaan kurang baik pasti ramai tertanya-tanya bila kah market akan kembali pulih?

Jika dilihat pada analisis ini KLCI ada potensi dari segi shortterm untuk naik kerana ia memberikan bullish reversal signal iaitu hammer di Lower Quartile Pitchfork.

Jika dikira Elliott Waves (tidak ada dalam carta ini), hammer tersebut merupakan wave 5, yang mana mencadangkan ini adalah penghujung kepada pattern Falling Wedge, yang seterusnya akan menyaksikan wave kenaikan.

Stochastic juga telah berada di oversold region yang boleh memberi dua makna, samaada bearish masih kuat ataupun ia menandakan indeks telah sampai ke dasar.

Namun halangan besar sekarang ini adalah paras 1700, iaitu halangan awan ichimoku dan mid line Bollinger Bands. Bagi saya agak sukar untuk indeks melepasi terus paras tersebut. Saya jangkakan indeks akan kembali membuat pullback setelah menghampiri paras 1700.

Sejauh mana pullback ini akan menentukan halatuju indeks seterusnya.

Sekiranya ia melantun kembali di Lower Quartile Schiff Pitchfork, besar kemungkinan paras 1700 akan berjaya ditembusi dan seterusnya rally berkemungkinan bermula.

Namun sekiranya jika Lower Quartile bocor, kita akan menyaksikan indeks boleh turun hingga ke paras 1500. Di situ kita lihat jika rebound ianya bagus, namun jika bocor, downtrend akan bermula. Kejatuhan yang lebih menakutkan berbanding 2018-2019.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.