ida201

EPMB berpotensi berubah trend.

MYX:EPMB   EP MANUFACTURING BHD
1. EPMB adalah dari sektor Industri Produk & Perkhidmatan serta Sub sektor Bahagian Auto.
2. Dalam TF 4jam, apa yang kurang menarik adalah harga masih lagi berada di bawah EMA 200 iaitu fasa menurun. Namun, terdapat corak carta segitiga menurun telahpun terbentuk dan harga sokongan dilihat berada pada RM 0.440
3. Kelihatan juga Bullish Regular Divergence (RD) yang memberi petanda untuk harga melonjak naik selepas ini. Apabila harga kekal berada di atas EMA 200 maka kita boleh katakan yang carta akan berubah fasa ke fasa menaik. dan jika berjaya memecahkan paras rintangan pada garisan segitiga tersebut harga boleh pergi mengikut anak panah seperti di carta. Tapi mungkin juga tidak berlaku.

4. Dari segi fundamental, EPMB dilihat kurang menarik berdasarkan :
Market Cap : 83M
Share : 172M
EPS : -2.84
ROE -1.88
P/E : -16.9

5. Keuntungan dan Hasil dari QR yang lepas juga ada sedikit penurunan.
6. Para pedagang dan pelabur sebaiknya melakukan kajian sendiri untuk memilih sesuatu konter mengikut teknikal analisis ataupun fundamental analisis atau kedua-duanya sekali.

Penafian : Ini adalah kajian pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual kepada mana-mana pihak. Berdagang di atas risiko sendiri.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.