MYX:ECOWLD   ECO WORLD DEVELOPMENT GROUP BERHAD
Semenjak tahun 2014, saham Eco world berkeadaan down trend. Selepas mencapai harga paling tinggi melebihi RM5, Eco terus down trend. Untuk tahun ini, walaupun tidak memecah rekod paling rendah yang pernah dia buat, Eco seperti baru bangun dan membuat kejutan. Eco mempunyai Market kapital melebihi 1.6b sewajarnya tidak berada pada harga sekarang ini. Ia harus memiliki harga lagi tinggi. PEnya kurang dari 10, EPS positif, ianya saham yang boleh di ambil perhatian. Pegumuman suku kerwangan pun boleh di banggakan walaupun kurang berbanding sebelumnya, ia masih mencatat keuntungan.

Sebuah syarikat propertis yang besar dan kukuh dan di senaraikan pada papan utama, Saham-sahamnya turut di miliki oleh PNB, EPF dan KWAP menunjukkan ianya syarikat berdaya maju. Mungkin tahap property sudah tepu dan harga rumah sudah agak mahal sehingga rakyat Malaysia kurang mampu melabur dalam hartanah ini. Namum begitu, sektor ini menunggu ajakan paradigma untuk kembali bangkit. Dengan pengumuman projek-projek kerajaan, sektor ini turut mendapat tempiasnya. Ini memungkinkan Eco kembali ke puncak. Sekian.


Disclaimer: Apa yang di tulis bukanlah cadangan untuk beli atau jual. Ianya hanyalah pandangan peribadi sebagai pembelajaran.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.