DDNK

30 SYARIKAT TERBESAR AMERIKA SYARIKAT "US" TERUS BERKEMBANG

교육
DJ:DJI   다우 존스 인더스트리얼 애버리지 인덱스
Dow Jones memperluaskan pergerakan 3-minggu positifnya dan kini sedang melayang berhampiran rintangan kuat sekitar aras 26,956 pt. Pergerakan positif ini telah menafikan isyarat negatif dalam penampilan corak "Bearish HArami". Fakta bahawa indeks telah kembali di atas biru 50-hari dan merah 200-hari garis MA mencerminkan bahawa sentimen pasaran kini memberangsangkan.

Landskap teknikal semasa menunjukkan bahawa ia hanya masa yang singkat sebelum indeks 30 syarikat “US” terbesar memecah ke puncak baharu. Hal ini disokong oleh kecenderungan kenaikan harga yang berterusan dalam corak osilator "Slow Stochastic" (biru di atas merah) - satu petunjuk bahawa sentimen pasaran masih menggalakkan.

Pandangan positif kenaikkan jangka panjang terus kekal dengan sokongan segera sekitar 26,278 poin, diikuti dengan sokongan berikutnya pada 25,834 poin. Pada masa yang sama, kami menetapkan rintangan yang kuat dalam lingkungan 26,956 mata - 27,500 mata.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.