Sherhaniza1

ECB, Gold, Oil. Pentingnya faham News

TVC:DE10Y   독일 정부 10해 국채
Saya masih ralat kerana tidak menjual Gold. Analisa Fundamental cukup jelas. ECB mengumumkan kadar faedah tidak akan naik sehingga Oktober tahun depan. Kesannya, berlaku belian besar-besaran dalam Pasaran Bon. harga yang naik menyebabkan Yield jatuh. Dan Yield ini memberi gambaran kadar faedah di masa depan. German Yield yang jatuh diikuti oleh kejatuhan US Yield.

Sementara itu data retail sales Amerika yang kuat menyebabkan Dollar menjadi kuat secara keseluruhannya. Tetapi sebelum naik, USDJPY jatuh, mungkin disebabkan tekanan Tariff oleh Amerika keatas barangan China. USDJPY yang jatuh selalunya dikaitkan dengan kenaikan Gold. Ini yang berlaku bila ada "Flight to safety". Secara amnya, selepas ECB, kita ada Dollar yang kuat, USDJPY yang lemah dan Gold yang bertahan.

Tetapi tema keseluruhannya adalah kejatuhan Yield akibat ECB yang tersangat Dovish. Ini memberi tekanan kepada harga Gold. Semalam juga menyaksikan kejatuhan harga minyak yang selalu dikaitkan dengan inflasi. Harga minyak jatuh kerana Saudi dan Russia dijangka akan meningkatkan pengeluaran. Dan akhirnya harga Gold pun menjunam.

Peristiwa ini adalah contoh mengapa kita perlu faham news dan faham pasaran kewangan secara keseluruhannya. Kebanyakan perkara berkait rapat antara satu sama lain. Traders akan dapat hasil trading yang lebih baik. Ia juga membuktikan perlunya kita trade dan membuat analisa secara berkumpulan. Jika seorang, sentiasa ada yang kita terlepas pandang. Hubungi saya kepada sesiapa yang mahu belajar.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.