ichivergence_hunter

CUSCAPI Memecahkan EMA200 dan Dalam Fasa Uptrend

MYX:CUSCAPI   CUSCAPI BHD
Cuscapi berjaya memecahkan aras EMA200 dan rintangan psikologi RM0.200 apabila ditutup pada harga RM0.205 disokong oleh volume yang kuat. Jika dilihat pada chart 2 tahun, Cuscapi telahpun memecahkan garisan menurun (DTL) pada bulan Julai 2023 yang lalu dan sekarang ini dalam fasa menaik. Jika berjaya pertahankan aras sokongan 0.200, potensi gerakan seterusnya adalah untuk menguji dan cuba memecahkan aras - aras rintangan. Jika dilihat pada chart, aras rintangan rapat - rapat juga iaitu di aras 0.215, 0.230, 0.240, 0.260, 0.275 (keras) dan 0.295. Mampukah Cuscapi untuk melanggar kesemua aras rintangan ini? Aras rintangan di 0.275 merupakan aras rintangan keras, jika berjaya pecah dan bertahan di atas 0.275, aras rintangan keras / aras target seterusnya adalah di aras 0.385.

(Penafian : Analisis chart ini sekadar analisis peribadi dan untuk pembelajaran semata - mata. Harap maklum).

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.