Ajrun_

Nak Turun ke Naik?

MYX:CNH   CITRA NUSA HOLDINGS BERHAD
Sektor: Pengguna
Industri: Penjagaan Isi Rumah/Peribadi

1. Analisa Trend

Jika kita lihat kepada pergerakan CNH , ia masih berada dalam keadaan "sideways" selepas ia membuat kenaikan pada bulan 2 tahun 2021. Berdasarkan keadaan ini, paling tinggi harga yang boleh dicapai oleh CNH ini adalah RM0.240 dan harga paling rendah yang pernah dicapai adalah RM0.125.

2. Corak Carta

Corak yang ditunjukkan di dalam carta ini adalah "declining wedge". Corak ini boleh berlaku disebabkan oleh 2 keadaan:

1. Berlaku kejatuhan yang mendadak/tajam dan kemudian bergerak keatas.

2. Bertindak sebagai "pullback/retrace" setelah berlaku kenaikan harga yang lama.

Dijangkakan bahawa harga akan menembusi "resistance line" dan akan membuatkan harga naik lebih tinggi.

3. Penunjuk indikator

1. Berdasarkan MACD, garisan MACD dan garisan signal berada sangat dekat dan berada dibawah paras 0.00.
2. Berdasarkan RSI pula, melihatkan bahawa saham ini sedang berada pada tahap risiko yang rendah.

Sekian coretan daripada saya,
Terima kasih,
Ajrun

#Sahamiscool

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.