PokMangTrader

ASIAPAC tunggu masa nak meroket

MYX:ASIAPAC   ASIAN PAC HOLDINGS BHD
Hasil selidikan menunjukkan kuanter ini mempunyai potensi berdasarkan TA dan FA yang baik. Lilin dilihat sedang menguji rintangan RM0.165 yang agak kuat berdasarkan corak graf sebelum ini telah cuba menguji beberapa kali pada harga tersebut. Mungkin inilah masanya untuk breakout memandangkan tren sedang menaik dan syarikat sedang untung. Kalau lihat tren dulu-dulu, kuanter ini mendatar sahaja dan bila naik boleh capai sehingga Fib Retracement 2.618 dalam tempoh 1 tahun. Graf juga berkemungkinan sedang berada pada gelombang 3 Elliot Wave. Sasaran harga mungkin boleh mencapai lebih RM0.300 melalui Fib Extension 0.618, 1.618 dan 2.618.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.