Meem

AR: 'Double Top' Atau?

NYSE:AR   Antero Resources Corporation
AR dilihat bergerak dalam trend mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu menguji kekuatan sokongan dan rintangan

Harga pada minggu dagangan terkini dilihat tutup berdekatan paras rintangan
Jika dilihat sekilas pandang harga dilihat seakan membentuk corak carta 'double top'
Petunjuk RSI mingguan juga dilihat rendah berbanding puncak sebelumnya
Meskipun begitu, volum belian dilihat semakin tinggi berbanding minggu-minggu sebelumnya
Kedudukan EMA mingguan (tidak ditunjukkan) juga dilihat masih lagi dalam trend menaik
Sekiranya harga membatalkan pembentukan corak carta, tidak mustahil harga akan naik menuju ke paras rintangan saluran
Tidak mustahil juga harga akan menurun dan bertahan di atas paras sokongan membentuk trend pengagihan sebelum menunjukkan arah tuju sebenar

Menarik untuk diperhatikan

*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.