PokMangTrader

AIRASIA beli tiket awal dapat harga murah

MYX:AIRASIA   None
AIRASIA bakal menguji rintangan Fib Extension 0.618 disaat vaksin sudah mula diberi kepada rakyat Malaysia. Inilah masa yang sesuai untuk beli dan simpan kuanter AIRASIA kerana semestinya nilai syarikat adalah sangat diskaun seolah-olah beli barang bukan saja dapat barang malah tokei kedai bagi duit lagi, itulah perumpaan yang sesuai untuk AIRASIA. Sebelum Covid-19, harga AIRAISA pernah mencapai sekitar RM4.70 bersamaan lebih 300% keuntungan jika mencapai nilai tersebut. Begitulah bunyi ramai orang berkompang berkenaan kuanter ini. Perlu diingatkan sebelum Covid-19 lagi kuanter ini mengalami downtrend sehinggalah kebetulan terjadinya Covid-19. Tak perlu terburu-buru, kaji dulu masa yang sesuai nak masuk. Untuk jangkamasa panjang sekarang adalah masa yang sesuai. Beli, simpan.
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.