Pelabur

TALIWORKS - Menuju Harga Tertinggi

MYX:TALIWRK   TALIWORKS CORPORATION BHD
Taliworks Corporation Bhd (TALIWRK) telah membuat percubaan kali yang ke-tiga untuk memecah rekod harga tertinggi dan juga sebagai resistance pada RM1.020 berdasarkan bacaan fibonacci retracement. Harga terkini berada di sekitar RM0.95 dan support yang berhampiran adalah RM0.895 (RBS) berdasarkan carta TALIWRK. Ekoran itu, perjalanan harga saham TALIWRK telah memasuki laluan bullish pitchfork dan menunjukkan kenaikan yang bertahan dari bulan April 2019. Secara ringkas saham TALIWRK mempunyai potensi untuk Breakout harga tertinggi sepanjang masa dan jangkaan kenaikan harga akan mencecah paras RM1.375 berdasarkan fibonacchi retracement.

Dari segi aspek fundamental pula TALIWRK menjalani perniagaan berkenaan rawatan air, pengurusan Tol, pengurusan sisa pembuangan dan lain lain lagi. Syarikat ini dipegang oleh institusi kewangan malaysia seperti Lembaga Tabung Haji, Employees Provident Fund dan lain-lain. Kehadiran institusi ini menunjukkan Taliworks Corporation Bhd mempunyai potensi untuk lebih maju pada masa hadapan.

Idea Trading Plan (Untuk tujuan pembelajaran sahaja. Untuk pembelian, sila buat kajian lanjut)

Entry: Di paras support
Support: RM0.895
Resistance: RM1.020
Target 1: RM1.375

Nota: Trading plan dibuat menggunakan Fibonacci.

-M.H.N.Jimmy@iSaham-

Idea bertujuan membantu anda dalam membuat kajian lanjut. Sila lakukan kajian penuh anda sebelum membeli sesuatu saham

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.