Rizman

PESONA boleh diperhatikan pergerakan harganya

MYX:PESONA   PESONA METRO HOLDINGS BHD
Ini adalah carta harian untuk kaunter PESONA. Sejak beberapa hari yang lepas, kaunter ini hanya bergerak dalan jajaran ke tepian sahaja ( sideway ) dan harga hanya bergerak di antara 0.195 ke 0.205. Volume juga tidak nampak pergerakan yang ketara kerana volume agak tipis. Jika begitu, tidak ramai yang berminat dengan PESONA buat masa ini.
Walaupun harga dalam jajaran ke tepian ini, perlu diingat, kebiasaannya harga boleh sahaja sama ada melonjak ke atas ataupun akan turun secara drastik.
Saya jangkakan selepas cuti tahun baru Cina ini, kita dapat melihat pergerakan harga PESONA. Jika harga dapat melepasi rintangan 0.215 dan ke atas, kita boleh lihat momentum lonjakan harga dan menarik untuk kita perhatikan kaunter ini.

면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.