tariqrahmalan

ECOWLD - Kelihatan Convergence sedang dibentuk setelah QR1

MYX:ECOWLD   ECO WORLD DEVELOPMENT GROUP BERHAD
ECOWORLD DEVELOPMENT telah pun mengeluarkan Quarter Report (Q1) pada tarikh 28 March 2019 yang lalu dengan peningkatan keuntungan sebanyak RM 30, 317,000 berbanding RM24,088,000 iaitu 26% dalam Quarter yang sama. Net Tangible Asset (NTA) juga dilihat berkembang dari 1.45 Q1 2018 kepada 1.48 Q1 2019 merupakan satu petanda yang baik.

Namun, jika dilihat dari aspek Teknikal, carta dilihat baru memasuki fasa Accumulation dengan percubaan membentuk support pada harga RM0.90 - RM0.91. Dengan harga semakin menjauhi awan Ichimoku, dan Stochastic RSI dilihat telah keluar dari kawasan overbought ke kawasan neutral, ini dilihat bukanlah waktu terbaik untuk pedagang untuk memasuki kaunter ini.

Walaubagaimanapun, kaunter ini pasti menjadi pilihan sekiranya Sektor Kewangan berjaya pulih dan Sektor Perbankan kembali rancak, dan dengan wujudnya peningkatan permintaan terhadap pasaran hartanah..
면책사항

이 정보와 게시물은 TradingView에서 제공하거나 보증하는 금융, 투자, 거래 또는 기타 유형의 조언이나 권고 사항을 의미하거나 구성하지 않습니다. 자세한 내용은 이용 약관을 참고하세요.